KELANA JAYA, 26 Februari 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menerima kunjungan daripada QurbanAid bagi mendengar taklimat dan perbincangan berkenaan potensi kerjasama antara kedua-dua organisasi.

Pihak QurbanAid telah diketuai oleh Dato' Ishak Harun bersama beliau adalah En. Aswad Khawarie Mohd Ali (Pengarah Urusan) dan dua orang pegawai. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK turut serta dalam taklimat bersama Datin Hartini Osman, Dato' Bing Selamat Amir (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta para karyawan YBK.

Taklimat yang berlangsung selama 1 jam menceritakan berkenaan aktiviti QurbanAid khususnya berkenaan ibadah Qurban luar negara dan pada masa yang sama turut membincangkan berkenaan kerjasama yang boleh dijalin antara kedua-dua pihak.

Dato' Pengerusi YBK secara dasarnya menyambut baik tawaran kerjasama oleh QurbanAid dan telah mengusulkan kepada pengurusan YBK untuk tindakan selanjutnya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;