GEMAS, 7 Mac 2020 - YBK tidak ketinggalan dalam menyantuni masyarakat di luar Selangor dengan penyertaannya dalam Program Jelajah Sukarelawan anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program berlangsung di Kg Bengkulu, Gemas, Negeri Sembilan.

Dalam program ini, YBK telah membuka kaunter pameran dan pertanyaan untuk masyarakat setempat mengambil peluang mengenali program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh YBK. Turut dibuka, kaunter edaran pakaian terpakai, pendaftaran untuk Asrama Kasih dan bancian kes Sinar Kasih Ramadhan dan Skuad Kasih YBK (SKY). Program ini berlangsung selama 3 hari dan YBK telah menyertai program pada hari ke-2.

En. Muhammad Sherhan Nizam, Pengurus Besar YBK telah turut serta dalam program ini bersama-sama Tn. Hj. Basharuddin (Timbalan Pengurus Besar), Pn. Alia Zam (Pengurus, Media & Arkib YBK) serta Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah).

BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;