SERDANG, 13 April 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima sumbangan 200 botol 'hand sanitizer' daripada 'Free Hand Sanitizer Project'. Projek ini adalah usaha sama strategik antara 6 buah universiti awam iaitu UPM, UM, UUM, UNIMAP, UMS dan UNIMAS.

Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menerima sumbangan bagi pihak YBK. Botol-botol ini akan diagihkan untuk kegunaan Pusat Latihan YBK di Kuala Selangor dan Asrama Kasih YBK di Serendah.

Inisiatif daripada kumpulan universiti ini adalah untuk membantu para petugas barisan hadapan (anggota keselamatan, RELA dan seumpamanya) serta penyedia perkhidmatan penting, khususnya di kalangan B40.

Kumpulan ini amat mengalu-alukan sumbangan awam bagi mendapatkan bahan-bahan menghasilkan produk ini.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;