KELANA JAYA, 14 Ogos 2020 - Sempena Hari Kelahiran Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom yang ke-70 tahun pada hari ini, telah diadakan satu Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran bertempat di Ibu Pejabat YBK.

Majlis bermula pada jam 11 pagi dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Imran Nasoha, Imam Masjid SS15 Subang Jaya, diikuti dengan ucapan oleh YBhg. Datin Hajah Hartini Osman mewakili kakitangan YBK dan ucapan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin sendiri. Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin dan Dr. Abdul Fatah Hj Khalid (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK). Tarikh hari ini juga merupakan hari lahir Dr. Abdul Fatah.

Ini disusuli dengan tayangan video dan upacara memotong pulut kuning serta kek sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;