KELANA JAYA, 7 Oktober 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah meraikan persaraan dua orang pegawainya, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor dan Encik Romdani Shariff dalam Majlis Jasamu Dikenang yang berlangsung di Ibu Pejabat YBK.

YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK melahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Basharuddin dan Encik Romdani atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama YBK.

Turut hadir dalam majlis ini, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, En. Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais yang merupakan Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Tuan Haji Basharuddin telah berkhidmat dengan YBK sejak 2008 dengan jawatan terakhir beliau sebagai Timbalan Pengurus Besar YBK, manakala En. Romdani sejak 2003 dengan jawatan terakhir beliau sebagai Timbalan Pengurus Akademi Kemahiran YBK (AKYBK).

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;