SUNGAI BESAR, 17 Oktober 2020 - Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa, Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyantuni warga Desa Kasih Merbau Berdarah (DKMB) melalui Program Serahan Sumbangan YBK Prihatin pada hari ini.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian daripada penaja telah diedarkan dari rumah ke rumah oleh karyawan YBK dan dibantu oleh penduduk. Taklimat pra-serahan telah diberikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Semua yang hadir telah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, dan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah hadir memantau proses sumbangan.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom turut sama menyerahkan sumbangan. Hadir sama adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais; En. Mohd Khairi Yunos (Mantan Eksekutif Kanan YBK); dan Datin Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare).

Dalam majlis yang sama, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah menyerahkan 150 naskhah Al-Quran untuk diwakafkan kepada Surau Nurul Nida DKMB dan mewujudkan 'Quran Corner'. Juga, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia turut memberikan sumbangan dan membawa seramai 6 orang wakil daripada luar negara untuk bersama.

Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa disambut pada 17 Oktober setiap tahun selepas diisytiharkan secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 Disember 1992. Tema tahun ini adalah 'Bersama Bertindak Untuk Mencapai Keadilan Sosial dan Persekitaran Untuk Semua'.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;