HULU LANGAT, 5 November 2020 - Berikutan musibah banjir kilat yang melanda sebahagian besar kawasan di Hulu Langat, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengorak langkah menggerakkan inisiatif Misi Bantuan Banjir dengan menghantar bantuan barangan keperluan asas kepada para penduduk yang terjejas di Taman Sri Nanding dan Bangi Lama.

Turut sama membantu adalah Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat, Pertubuhan Belia 4B Serdang, Kelab Belia Habib Bangi, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan beberapa NGO yang lain. Yayasan Food Bank Malaysia telah berbesar hati menaja barangan keperluan asas yang akan diedarkan kepada penduduk yang terkesan.

Gerak kerja bermula pada jam 10 pagi dengan YBK bersama-sama NGO yang terlibat telah ke pejabat Yayasan Food Bank Malaysia di Bukit Angkat untuk mengambil barangan yang akan diedarkan. Semua sukarelawan yang hadir bergotong-royong menyusun barangan ke dalam kenderaan yang disediakan dan telah diselesaikan dengan pantas, sebelum bergerak ke Hulu Langat untuk diedarkan kepada keluarga yang terkesan.

YBK melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Food Bank Malaysia, Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat, Pertubuhan Belia 4B Serdang, dan rakan-rakan NGO yang telah membantu melaksanakan misi bantuan ini.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;