RAWANG, 11 November 2020Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada adik Mohd Aizat b Rasli.

Mohd Aizat yang berusia 4 tahun tidak mampu berjalan seperti kanak-kanak seusianya sejak 2 tahun yang lalu kerana mengalami masalah otot kaki yang lemah. Beliau juga tidak mampu bertutur secara normal, hanya mampu senyum dan menggeleng kepala apabila diajukan soalan.

Keluarga Mohd Aizat mengucapkan terima kasih kepada YBK atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Turut hadir semasa penyerahan, Puan Alia Zam (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) dan En. Jamaluddin.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;