- Hit: 622
KELANA JAYA, 12 November 2020 - Perbincangan Permurnian Modul Mobile School telah berlangsung pagi ini di Ibu Pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan. Sesi dilaksana mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Perbincangan ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Pembangunan Modul yang telah diadakan pada 23 & 24 September di Melaka. Modul Mobile School ini disasarkan untuk didokumenkan menjadi buku rujukan rasmi.
Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia telah memimpin sesi pemurnian dan setiap pembangun modul telah membentangkan draf masing-masing untuk semakan dan komen.