- Hit: 593
GESIR, 30 Mac 2021 - Hari ini telah berlangsung mesyuarat 'kick-off' Projek Ladang Cili Merah Fertigasi YBK bertempat di YBK Global Camp. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Mesyuarat ini turut disertai oleh En. Hashim (Ikon Agra Kebangsaan 2018 & Ikon Agro Selangor 2020), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah), dan ahli kumpulan Projek Ladang Cili Merah YBK.
Selesai mesyuarat, ahli mesyuarat telah bergerak ke tapak cadangan Projek Cili Merah YBK Global Camp untuk lawatan tapak dan perbicangan teknikal. En. Hashim juga sempat singgah ke Ladang Cili Gesir untuk melihat sendiri tanaman cili yang telah diusahakan dan turut berkongsi ilmu berkenaan penjagaan tanaman cili.