GESIR, 30 Julai 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kehadiran wakil daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang melakukan lawatan ke YBK Global Camp bagi melihat Ladang Cili Merah yang diuruskan oleh Koperasi Kasih YBK (Ko-Kasih).

Turut bersama adalah YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Penasihat Ko-Kasih), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Ko-Kasih), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan pegawai-pegawai daripada Koperasi Kasih, YBK dan FAMA.

Wakil FAMA telah diberikan taklimat berkenaan perkembangan Ladang Cili Ko-Kasih di mana ladang ini dijangka mengeluarkan hasil pertamanya pada bulan September kelak. Turut dibincangkan adalah potensi pemasaran hasil Ladang Cili ini secara kerjasama dengan FAMA.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;