SERENDAH, 6 Ogos 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan meneruskan momentum sumbangan YBK Prihatin di mana 150 buah kotak Infaq Rezeki daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diagihkan kepada keluarga terkesan di kawasan Hulu Selangor.

Taklimat ringkas dan pelepasan kumpulan yang akan menyampaikan sumbangan telah diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah pagi ini. Karyawan-karyawan YBK telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengagihkan sumbangan mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya menegaskan agar semua karyawan YBK yang terlibat mematuhi S.O.P. dan menjaga keselamatan diri masing-masing. Beliau juga mengingatkan bahawa sumbangan ini adalah satu amanah dan harus disampaikan kepada penerima dengan sempurna.

Turut hadir dalam sesi taklimat adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan karyawan-karyawan daripada ibu pejabat dan outlet.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;