- Hit: 332
KAJANG, 23 Mac 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan kunjungan ke ladang nanas Saudagar Nanas Agrofarm yang terletak di Sungai Merab hari ini.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom hadir dan telah bertemu dengan Saudara Mohd Noorhardy Mohd Noorzain yang merupakan pengusaha ladang ini. YBhg. Dato' telah dibawa meninjau sekitar ladang nanas di samping melihat dan mencuba produk-produk berasaskan nanas yang dijual di kafe ladang ini.
Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan karyawan daripada Jabatan Media YBK.