RAWANG, 25 Jun 2022 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom hari ini telah hadir dan merasmikan sesi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah SMK Sungai Choh kali ke-47.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, En. Suhaimi b. Abdullah (Pengetua), En. Azli b. Abd Razak (Yang Dipertua PIBG).

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato' Pengerusi YBK melahirkan penghargaan kepada para guru yang telah mendidik pelajar pelbagai kaum, dan mengingatkan ibu bapa bahawa tugas guru itu sangat mencabar kerana perlu mengajar dan memindahkan ilmu.

Juga, beliau menyeru para guru untuk melatih para pelajar agar lebih berkeyakinan, berani serta meneroka bidang baru seperti perniagaan. Seruan juga ditujukan kepada seluruh hadirin agar bersama-sama merubah cara berfikir demi kemajuan sekolah.

Sekolah SMK Sungai Choh atau ringkasnya SEMESCO mempunyai 980 orang pelajar pelbagai kaum.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;