KELANA JAYA, 19 Januari 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan En. Muhammad Firdaus Ibnil Hajar daripada Saito University College Sdn. Bhd. (Saito).

Beliau yang merupakan pensyarah dan pegawai Pembangunan Perniagaan Saito hadir bagi membincangkan ruang-ruang kerjasama antara Saito bersama YBK khususnya untuk golongan asnaf.

Kehadiran beliau disambut oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, dan taklimat berkenaan latar belakang serta program-program YBK turut dibentangkan. Hadir bersama, Pn. Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pendidikan YBK) dan En. Audi Faliq Ibrahim (Jabatan Media YBK).

YBK dan Saito bersetuju untuk memperkemaskan kerjasama dengan satu ikatan rasmi, di samping akan melaksanakan program kolaborasi strategik pada pertengahan tahun 2023.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;