BOGOR (INDONESIA), 17 Ogos 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah memulakan lawatan kerja di negara Indonesia dengan mengadakan lawatan dan kunjung hormat ke Yayasan Al Ashriyyah Nurul Iman yang terletak di Parung, Bogor, Indonesia.

YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK selaku ketua delegasi bersama-sama YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), bersama Ketua-Ketua Jabatan YBK tiba di Kompleks Nurul Iman pada jam 10 pagi dan telah dibawa bertemu Dr. Hj. Umi Waheeda H. Abdul Rahman selaku pengurus/pembina merangkap isteri kepada Almarhum Habib Saggaf bin Mahdi iaitu Pengasas Yayasan ini.

Delegasi YBK juga telah dibawa melawat beberapa aktiviti keusahawanan yang dijalankan sepenuhnya oleh pelajar di sini, antaranya pembuatan roti, pencetakan, pemprosesan air minuman, pembuatan fabrik dan kasut, dan penghasilan kandungan audio visual untuk media sosial. Difahamkan Yayasan ini mempunyai lebih 60 jenis perusahaan yang membolehkannya berdiri sendiri (self-sustained) sejak tahun 1998.

Pengerusi YBK juga telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan nasihat kepada hampir 15 ribu pelajar yang hadir mendengar syarahan oleh Habib Muhammad Waliyullah sempena Hari Kemerdekaan Indonesia yang jatuh pada hari ini.

Lawatan diakhiri dengan perbincangan antara Umi Waheeda dan delegasi YBK berkenaan cadangan dan bentuk kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;