HULU LANGAT, 4 November 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menyertai program 'Free Market' di Karnival Ehsan Rakyat DUN Dusun Tua Edisi Kongsi Rezeki di tapak pasar malam Batu 14 Hulu Langat.

Di tapak Free Market, YBK telah membuka gerai edaran pakaian terpakai, ruang informasi outlet pendidikan, dan juga mengedarkan 200 pek aneka snek sumbangan daripada Mamee. Di samping itu, YBK juga melalui program Dapur YBK telah menyiapkan hampir 300 buah juadah soto istimewa untuk diedarkan kepada para pengunjung.

Karnival bermula pada jam 8.00 pagi dan sambutan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan. Terdapat juga gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi dan juga persembahan PENTARAMA daripada Jabatan Penerangan. Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Tuan Mohd Sany Bin Hamzan dan ADUN Dusun Tua, YB Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz turut hadir dan melawat gerai-gerai pameran yang tersedia.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;