- Hit: 68
BUKIT KIARA, 23 Disember 2024 - Kumpulan penulisan buku Untold Story Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah berkesempatan menemu ramah Datuk Dr. Mohd Radzi bin Abdul Latif. Beliau merupakan mantan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan merupakan Pengurus Besar pertama YBK.
Objektif temu ramah ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan sejarah awal penubuhan YBK, aktiviti-aktiviti YBK di awal penubuhan, dan cerita-cerita sebalik tabir YBK ketika beliau menerajui YBK selaku ALPA dan Pengurus Besar, untuk dimasukkan ke dalam buku Untold Story YBK yang kini di peringkat akhir pemantapan kandungan.
Datuk Dr. Mohd Radzi merupakan antara tokoh yang signifikan di peringkat awal penubuhan YBK dan nama beliau selaku ALPA pertama terdapat dalam sijil pemerbadanan YBK bersama YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Tuan Haji Mohamed Khairune Mohd Ali (rujuk - https://t2m.co/QkPktsEx)
Sesi temu ramah telah dilakukan oleh Encik Muhamad Hanapi Jamaludin selaku penulis bersama Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan