- Hit: 77
KELANA JAYA, 27 Disember 2024 - Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-108 di Rumah YBK Kelana Jaya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, juga Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib yang hadir secara sidang video.
Turut bersama, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan ketua-ketua Jabatan.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada Dato' Pengerusi YBK sebelum agenda mesyuarat dibentangkan oleh Pengurus Besar YBK. Fokus utama mesyuarat adalah pembentangan belanjawan YBK tahun 2025 untuk kelulusan, dan memperoleh perakuan Pelan Strategik YBK 2025-2030, di samping urusan-urusan berkaitan.
Dato' Pengerusi YBK dan ALPA mengingatkan pengurusan agar lebih proaktif dalam memantau gerak kerja para karyawan dan mengelakkan urusan-urusan penting daripada terlewat dilaksana. Beliau juga mengucapkan selamat tahun baru kepada semua ALPA dan pengurusan dan berharap YBK akan menjadi lebih proaktif pada tahun 2025.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan