MELAKA, 10 Februari 2025 - Telah berlangsung Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-6 Tun Fatimah Riverside Hotel (TFRH) di sini. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) turut dijemput bersama.

Turut hadir dalam majlis ini, En. Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) serta tetamu-tetamu jemputan. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian, memotong kek, dan para tetamu juga telah berpeluang mencuba hidangan 'Nurani Ramadhan' yang akan ditawarkan oleh pihak hotel pada bulan Ramadan nanti.

Pengarah Urusan TFRH, Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman dan Pengerusi Eksekutif Prihatin Ehsan Holdings merangkap Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah memberi ucapan dan di mana mereka melahirkan kesyukuran atas ulang tahun ke-6 TFRH dan melahirkan penghargaan kepada semua yang telah menyokong.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;