- Hit: 33
BANDARAYA MELAKA, 10 Februari 2025 - Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bilangan 2 bagi tahun 2025 telah diadakan di Tun Fatimah Riverside Hotel, Melaka.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK dan dihadiri oleh Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Ketua-Ketua Jabatan.
Pengurus Besar dan setiap Ketua Jabatan telah membentangkan laporan dan tindakan peringkat jabatan masing-masing untuk makluman.
YBhg. Datin telah meminta pengurusan YBK untuk memberi fokus kepada Program Sinar Kasih Ramadhan 2025 khususnya dalam promosi, dan gerak kerja penyerahan sumbangan yang dijadualkan sekitar seminggu sebelum Ramadan, di samping merancang aktiviti-aktiviti bersesuaian sepanjang bulan Ramadan nanti.