- Hit: 37
KUALA LUMPUR, 12 Februari 2025 - Sekretariat Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan perbincangan bersama Malaysia Gazette (MG) berkenaan perancangan gerak kerja dan promosi program WEF ASEAN 2025 di media.
Pengerusi WEF ASEAN 2025, YBhg. Datin Dr. (h.c) Hartini Osman bersama-sama En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan - YBK), En. Mohd Ikmalul Imtihan (Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare) dan En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) hadir dalam sesi ini.
Hadir di pihak Malaysia Gazette adalah Pn. Noraini Abdul Razak (Ketua Pegawai Eksekutif) bersama-sama pegawai beliau.
Fokus pertemuan ini adalah pembentangan berkenaan program WEF ASEAN 2025, dan cadangan perancangan serta gera kerja media dan promosi program bersama-sama Malaysia Gazette.
YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan