- Hit: 37
PUTRAJAYA, 14 Februari 2025 - Jawatankuasa Penganjur Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan pertemuan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Pengerusi WEF ASEAN 2025, YBhg. Datin Dr. (h.c) Hartini Osman bersama-sama En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan), En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam) dan Cik Nur Shafiqah Sunazman (Pegawai Media dan Perhubungan Awam) hadir dalam sesi ini.
Hadir di pihak Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah En. Samuel Lee (Timbalan Ketua Pengarah - Promosi), Pn. Nuwal Fadhilah Ku Azmi (Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa) dan para pegawai.
Fokus pertemuan adalah pembentangan berkenaan program WEF ASEAN 2025, dan perbincangan berkenaan kerjasama yang boleh diadakan di antara kedua-dua pihak khususnya dalam aspek penajaan dan promosi.
YBK merupakan penganjur bersama Program WEF ASEAN 2025.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan