- Hit: 32
KUALA LUMPUR, 20 Februari 2025 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah berbesar hati bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Tuan Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) di sebuah hotel di sini.
Pertemuan ini merupakan perbincangan peringkat awal berkenaan kerjasama lanjutan yang boleh dilakukan di antara kedua-dua yayasan khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, dan perkongsian kepakaran.
Yayasan Food Bank Malaysia merupakan antara rakan strategik paling aktif serta proaktif dalam membantu YBK dari sudut bantuan makanan dan barangan untuk disalurkan kepada kumpulan sasar melalui program-program YBK seperti YBK Prihatin, Sinar Kasih Ramadhan, dan banyak lagi.
Turut bersama dari pihak YBK adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan) serta Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam).
Hadir di pihak YFBM adalah Puan Yang Rafidah Othman (Eksekutif Kanan Perhubungan Kerajaan & NGO) dan Puan Puteri Fazlieznoor Yahaya (Pengurus Operasi).
Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjutan dan lawatan rasmi ke pejabat operasi masing-masing bagi memperhalusi ruang-ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan