- Hit: 34
BANDAR SERI BEGAWAN (BRUNEI), 21 Februari 2025 -ย J.K. Penganjurย Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan lawatan hormat bertemu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.
Rombongan diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025). Objektif kunjungan hormat tersebut adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan untuk penyertaan.
Turut bersama, Datin Dr. Norli Hj Alias โโโโ(Presiden Persatuan Usahawan Berwawasan Wanita Malaysia - Wawasanita) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan).
Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
ย