BANDAR SERI BEGAWAN (BRUNEI), 21 Februari 2025 - J.K. Penganjur Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan pertemuan dengan Encik Abdul Halim Saim, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Brunei.

Rombongan J.K. Penganjur diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025). Objektif kunjungan hormat tersebut adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan untuk menyertainya.

Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Norli Hj Alias ​​​​(Presiden Persatuan Usahawan Berwawasan Wanita Malaysia - Wawasanita) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan).

Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;