- Hit: 30
BANDAR SERI BEGAWAN (BRUNEI), 21 Februari 2025 - Sekretariat Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) telah mengadakan perjumpaan dengan organisasi Jaringan Profesional Muda Brunei (Young Professionals Network Brunei - YPN).
Rombongan sekretariat diketuai oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman (Presiden, WEF ASEAN 2025) bersama-sama YBhg. Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Persatuan Usahawan Berwawasan Wanita Malaysia - Wawasanita) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan).
Hadir daripada YPN adalah Puan Fatin Arifin (G100 Brunei merangkap Pengasas Bersama YPN), Puan Aspadiyah Mohd Sah (Pengasas Bersama YPN), Dr Hjh Mona Yati DSLJ Hj Mohd Kassim (Pengasas, muBN Learning & Growth Company), dan Hjh Zainab M A Omar (Presiden, Persatuan Sumber Manusia Brunei Darussalam).
Objektif perjumpaan adalah untuk memaklumkan tentang program WEF ASEAN 2025 dan jemputan untuk menyertainya.
Yayasan Basmi Kemiskinan adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan