- Hit: 25
KUALA LUMPUR, 24 Februari 2025 - YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Presiden Women Economic Forum ASEAN 2025 (WEF ASEAN 2025) dan Penasihat Kehormat Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita) telah hadir selaku tetamu kehormat serta melancarkan sidang kemuncak "2025 Asia Pacific Second-Hand Luxury International Summit".
Dalam ucapannya, beliau turut memaklumkan berkenaan program WEF ASEAN 2025 dan jemputan untuk menyertai kepada para hadirin yang terdiri daripada usahawan-usahawan antarabangsa dan juga tempatan. Program WEF ASEAN 2025 akan berlangsung dari 19-21 Jun 2025 di Dewan Perdana, MITI. YBK merupakan penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.
Turut hadir, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan YBhg. Datin Dr. Norli Hj Alias (Presiden Wawasanita).
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan