KAJANG, 24 Februari 2025 - Karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama sukarelawan yang terdiri daripada anak-anak Asrama Kasih YBK Serendah telah bergotong-royong menyiapkan kotak makanan sumbangan Yayasan Food Bank Malaysia.

Sebanyak 200 kotak makanan telah berjaya disiapkan secara bersama-sama. Kotak makanan ini akan diserahkan kepada keluarga terpilih dalam program Sinar Kasih Ramadhan 2025 yang akan mula diagihkan minggu ini.

Terima kasih Yayasan Food Bank Malaysia selaku rakan strategik utama yang telah memberikan sumbangan kepada YBK untuk program SKR tahun ini.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;