- Hit: 19
JHARKHAND (INDIA), 28 Februari 2025 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) atas penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) kepada beliau oleh Jharkhand Rai University, India dalam Istiadat Konvokesyen Ke-5 bertarikh 28 Februari 2025.
Anugerah ini sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang dan teladan beliau dalam bidang kedermawanan (philanthropy) dan pembasmian kemiskinan, dan telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Shri Santosh Kumar Gangwar, Gabenor negeri Jharkhand, India.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan