- Hit: 9
KELANA JAYA, 12 Mac 2025 - Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bilangan 3 bagi tahun 2025 telah diadakan secara hibrid.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK secara tele-sidang, dan dihadiri oleh Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Ketua-Ketua Jabatan.
Pengurus Besar dan setiap Ketua Jabatan telah membentangkan laporan dan tindakan peringkat jabatan masing-masing untuk makluman.
Antara perkara yang disentuh adalah berkenaan kemajuan program Sinar Kasih Ramadhan (SKR), dan perancangan program-program YBK sepanjang bulan Ramadan khususnya sempena Ulang Tahun Ke-35 YBK pada 26 Mac nanti.