- Hit: 6
KUALA LUMPUR, 9 Mei 2025 โ Majlis pelancaran rasmi Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 berlangsung dengan meriah hari ini di KL Wellness City, Bukit Jalil, menandakan permulaan kepada siri program berimpak tinggi menjelang program utama yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2025 di Dewan Perdana, MITI Kuala Lumpur.
Majlis yang dinamakan Unveiling the Spirit of WEF ASEAN 2025 disempurnakan oleh Presiden WEF ASEAN 2025, Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, yang turut menyampaikan ucapan pembukaan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan visi forum ini untuk memperkasa wanita serantau dalam menerajui ekonomi rentas sempadan menerusi tema โWomen Leaders Beyond Borders: Shaping the Future of the ASEAN Sheconomyโ.
Antara sorotan utama majlis pelancaran ialah pengenalan barisan barangan rasmi WEF ASEAN 2025 yang menampilkan pakaian dan aksesori edisi terhad berkonsepkan mesra alam. Barangan ini direka khusus bagi meraikan kekuatan wanita ASEAN.
Majlis turut mengumumkan senarai Anugerah Kepimpinan Wanita WEF, yang akan diberikan kepada tokoh wanita cemerlang dalam pelbagai bidang. Anugerah tersebut termasuklah Women of the Decade, Leader of the Decade, Legendary Women of the Decade, dan pelbagai lagi.
Turut diumumkan adalah senarai penaja dan rakan strategik utama yang menyokong forum ini, antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai penyedia lokasi, penaja emas seperti Ceres Jewel, MSM Sugar, dan Ogawa; CUCKOO, Kinohimitsu, Matis Paris, HWC Coffee dan pelbagai lagi.
Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuklah Datoโ Hj. Zainal Abidin Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datoโ Sri Dr. Vincent Tiew, Pengarah Eksekutif KL Wellness City, penasihat WEF ASEAN 2025, jemputan-jemputan khas dan media.
WEF ASEAN 2025 bakal menjadi platform serantau yang mengangkat suara, pencapaian dan potensi wanita dalam landskap pembangunan mampan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
YBK adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.