ASRAMA KASIH YBK GESIR - Setelah berjaya merealisasikan Program Semaian Kasih Tautan Ukhwah (SKTU) Siri 2 pada bulan September 2013 yang lepas, kumpulan pelajar Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi telah memilih Asrama Kasih YBK (ASKA) Gesir sebagai lokasi untuk menjayakan SKTU Siri 3. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan motivasi kepada anak-anak ASKA Gesir melalui perkongsian pengalaman dan aktiviti dalam kumpulan di samping menyemarakkan semangat kesukarelawanan di kalangan peserta melalui aktiviti gotong-royong.

Di samping itu, sumbangan barangan elektrik, dekorasi dinding dan bahan bacaan telah diberikan oleh para penaja antaranya daripada PTPTN, OKI Printing Solutions, Utusan Karya, Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan (ASFON WP) dan Na.comProgram dimulakan pada jam 9:30 pagi dengan ketibaan kumpulan pelajar UKM dan penaja seramai kira-kira 50 orang. Sesi dimulakan dengan acara senamrobik disusuli dengan ucapan perasmian daripada penasihat program, Pn. Nor Hapizah Hj Abd Rahman; Pengarah Program, saudara Khairul Anuar Ahmad; Pengetua ASKA Gesir, saudari Farahin Iszreen Ismail; dan pegawai YBK, saudara Audi Faliq Ibrahim. Penyampaian sumbangan barangan elektrik berupa sebuah mesin basuh dan peti sejuk di samping sumbangan lain turut dilaksanakan. Sesi aktiviti dalam kumpulan menyusul serentak dengan aktiviti gotong-royong membersihkan ASKA.

Selepas makan tengahari dan solat Zohor berjemaah, aktiviti sukaneka dijalankan pada sebelah petang dan satu sesi khas perkongsian pengalaman turut diadakan di mana pemain gitar daripada kumpulan Search, saudara Hamzah Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai 'Kid' telah sudi hadir meluangkan masa memberikan perkongsian pengalaman dan motivasi kepada anak-anak ASKA Gesir di samping memberikan sedikit persembahan hiburan. Program SKTU Siri 3 diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan kepada anak-anak ASKA Gesir, AJK Program dan wakil ASKA Gesir serta YBK disusuli dengan solat Asar berjemaah dan pergerakan pulang para peserta pada jam 6:30 petang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;