Ibu Pejabat YBK - Demi kemajuan anak bangsa melalui pendidikan yang berkualiti, YBK telah berbesar hati memberikan sumbangan bantuan kewangan persekolahan kepada adik Nurfaten Farhana Mohd Sudin yang menuntut di SMK Damansara Utama, Petaling Jaya. Sumbangan kewangan ini adalah bagi membantu menampung kos perbelanjaan adik Nurfaten yang menginap di asrama di samping perbelanjaan pembelajaran harian.

Sumbangan persekolahan ini telah diterima oleh ibu beliau, Puan Rafizah Ibrahim yang disampaikan oleh pegawai YBK, Cik Rosmaiza Mohd. Diharapkan sumbangan ini dapat menjadi pemangkin dan motivasi untuk memanfaatkan peluang pendidikan yang diberi demi kejayaan dan masa depan yang terbilang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;