- Hit: 2
HULU LANGAT, 27 November 2025 - Cakna dan menginsafi musibah banjir yang berlaku di pelbagai tempat baru-baru ini, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah bersama Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan program Misi Bantuan Banjir di daerah Hulu Langat.
Objektif misi adalah untuk membantu kerja-kerja pembersihan di lokasi terpilih iaitu di Taman Sri Nanding dan Masjid Al-Ehsan, Kampung Sungai Serai. Seramai 26 orang pelajar selaku Sukarelawan UPM telah turun memberikan khidmat bakti dalam misi ini, dan dari pihak YBK telah menghantar pelatih Akademi Kemahiran YBK untuk turut bersama.
Kumpulan sukarelawan ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan utama di mana 2 kumpulan diamanahkan untuk membersihkan rumah di Taman Sri Nanding, manakala kumpulan terakhir membantu kerja di Masjid Al-Ehsan. Kerja-kerja selesai pada sebelah tengah hari.
Taklimat awal telah diberikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan juga Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM). Selain tugasan membersih, beberapa keluarga juga telah menerima sumbangan Kotak Rezeki.
Turut bersama adalah Ahli Jawatankuasa Surau Al-Munir serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding. Terima kasih kepada Sukarelawan UPM dan AKYBK kerana telah menyumbang bakti kepada komuniti!
YBK AND UPM CONDUCT FLOOD RELIEF MISSION IN HULU LANGAT
HULU LANGAT, 27 November 2025 – In response to the recent flood disasters affecting various areas, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), together with the Centre for Co-Curriculum and Student Development (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM), carried out a Flood Relief Mission in the Hulu Langat district.
The mission aimed to assist with cleaning efforts at selected locations, namely Taman Sri Nanding and Masjid Al-Ehsan, Kampung Sungai Serai. A total of 26 UPM student volunteers participated in the mission, while YBK deployed trainees from the YBK Skills Academy (AKYBK) to join the effort.
The volunteers were divided into three main groups: two teams assigned to clean houses in Taman Sri Nanding, and another team tasked with assisting at Masjid Al-Ehsan. All work was completed by midday.
A briefing was delivered earlier by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK) and Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad (YBK Board of Trustees Member and Director of PKPP UPM). In addition to the cleaning tasks, several families also received Kotak Rezeki aid packages.
Also present were committee members from Surau Al-Munir and the Taman Sri Nanding Residents’ Association. YBK extends its appreciation to the UPM Volunteers and AKYBK trainees for their meaningful contribution to the community.
