LEMBAH SUBANG, 3 Januari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) memulakan langkah di tahun baru 2026 ini dengan mengadakan Program Jelajah Sejuta Harapan YBK bersama Agensi dan Komuniti di PPR Lembah Subang, Petaling Jaya.

Program ini turut menerima penyertaan agensi iaitu Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU), Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang membuka reruai maklumat dan pendaftaran. Turut bersama adalah Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) yanv membuka gerai jualan Back to School iaitu jualan pakaian dan kelengkapan sekolah dengan harga istimewa dan mampu milik.

Komuniti PPR Lembah Subang telah hadir di lokasi program seawal jam 9 pagi dan mengambil peluang mendapatkan maklumat, mendaftar dan membeli. YBK yang turut membuka reruai dengan hebahan biasiswa percuma pelajar ke Asrama Kasih YBK dan Akademi Kemahiran YBK.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi YBCare) telah hadir meluangkan masa melawat reruai, beramah mesra dengan pengunjung dan menyampaikan cenderamata penghargaan kepada rakan-rakan strategik.

Dalam ucapannya, Dato' Zainal melahirkan penghargaan beliau kepada semua agensi yang menyertai program hari ini. Beliau menegaskan bahawa program Jelajah Sejuta Harapan YBK ini tempat untuk 'menjodohkan' antara agensi dan komuniti serta mengukuhkan keterlihatan semua pihak yang terlibat.

Program hari ini telah mendapat kerjasama daripada komuniti setempat iaitu Persatuan Wanita Berdaya Lembah Subang, Ahli Majlis Zon 4 MBPJ dan Rukun Tetangga.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK “SEJUTA HARAPAN” TOUR WITH AGENCIES AND COMMUNITY KICKS OFF 2026

LEMBAH SUBANG, 3 January 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) began the new year 2026 by organizing the YBK Sejuta Harapan Tour with Agencies and the Community at PPR Lembah Subang, Petaling Jaya.

The program saw the participation of several agencies, including the Selangor State Development Office (ICU), Lembaga Zakat Selangor, Selangor Department of Social Welfare, and the Social Security Organisation (PERKESO), all of which set up information and registration booths.

Also participating were Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) and Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), which operated Back to School sales booths offering school clothing and supplies at special, affordable prices.

Members of the PPR Lembah Subang community began arriving at the program venue as early as 9:00 a.m., taking the opportunity to obtain information, register for services, and make purchases. YBK also set up a booth to promote its fully sponsored student placements at Asrama Kasih YBK and the YBK Skills Academy.

YBK Chairman, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, and YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of YBCare, were present to visit the booths, interact with visitors, and present tokens of appreciation to strategic partners.

In his speech, Dato’ Zainal expressed his appreciation to all agencies participating in the program. He emphasized that the YBK Sejuta Harapan Tour serves as a platform to “match” agencies with the community, while also strengthening the visibility of all parties involved.

The program was made possible with the cooperation of the local community, including the Lembah Subang Women Empowerment Association, MBPJ Zone 4 City Councillor, and the Rukun Tetangga.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;