- Hit: 42
KELANA JAYA, 8 Januari 2026 – Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi tahun 2026 telah berlangsung hari ini di Rumah YBK, Kelana Jaya. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pengurusan pertama bagi tahun baharu, sekali gus menjadi penanda aras awal dalam menyelaras hala tuju dan keutamaan strategik YBK sepanjang 2026.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK dan dihadiri Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan barisan Ketua Jabatan. Pengurus Besar dan Ketua-Ketua Jabatan telah membentangkan laporan dan perancangan Jabatan masing-masing.
Dalam mesyuarat ini juga, pihak pengurusan YBK mengalu-alukan pelantikan Pengurus Kewangan YBK yang baharu, iaitu Puan Siti Fairus Abdul Mohamed. Kehadiran beliau diharap dapat memperkukuh pengurusan kewangan organisasi, khususnya dalam memastikan perancangan belanjawan dan kawalan kewangan dilaksanakan secara berhemah, telus dan berintegriti.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK MANAGEMENT MEETING NO. 1/2026
KELANA JAYA, 8 January 2026 – The Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Management Meeting for the year 2026 was held today at Rumah YBK, Kelana Jaya. This meeting marked the first management meeting of the new year and served as an early benchmark for aligning YBK’s strategic direction and priorities throughout 2026.
The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK, and was attended by the General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, along with the Heads of Departments. The General Manager and department heads presented reports and plans for their respective departments.
During the meeting, YBK management also welcomed the appointment of the new YBK Finance Manager, Ms. Siti Fairus Abdul Mohamed. Her appointment is expected to strengthen the organization’s financial management, particularly in ensuring prudent, transparent, and integrity-driven budget planning and financial controls.
