- Hit: 58
SHAH ALAM, 13 Januari 2026 - Warga Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini berpeluang berinteraksi bersama Pengasas YBK, YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam satu sesi istimewa bertajuk 'Bicara Pengasas'. Sesi yang berlangsung di Kelab Shah Alam ini telah menghimpunkan sebahagian besar karyawan YBK, anak syarikat dan rakan YBK di mana YABhg. Tan Sri telah menyampaikan amanat, hasrat dan perkongsian beliau selama hampir dua jam.
Hadir dalam sesi ini adalah YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK, seluruh barisan ALPA iaitu En. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, En. Zainal Mohd Jais, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare merangkap Presiden Global G100), Tuan Kamarudin Ahmad (Peguam Kanan), En. Hashim Anang (Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf), Dato' Ibrahim Taib (Pengamal Media Kanan), dan para pegawai dari Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Sesi dimulakan dengan YABhg. Tan Sri dibawa melihat pameran paparan informasi YBK, nyanyian lagu Negaraku, doa dan ucapan aluan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) selaku Pengacara Majlis. Ini disusuli dengan tayangan video montaj program sebelum sesi diambil alih oleh YBhg. Dato' Zainal selaku moderator.
Antara intipati penting yang disentuh oleh YABhg. Tan Sri adalah keperluan untuk YBK menjadi pencetus dan penggerak untuk menghimpunkan pakar rujuk pembasmian kemiskinan di seluruh negara. Beliau juga menegaskan pembasmian kemiskinan zaman ini bukan lagi dari aspek memberi bantuan fizikal, tetapi pada masa kini juga merangkumi kemiskinan bukan material seperti sikap, budaya, kematangan dan pelbagai lagi. YBK juga digesa untuk menjadi organisasi terkehadapan dalam pembinaan negara bangsa.
Seluruh warga YBK yang hadir telah menekuni hasrat dan amanat yang disampaikan oleh Pengasas YBK, dan beriltizam untuk menterjemahkannya dalam bentuk gerak kerja yang akan disusun secara bersama oleh ALPA dan pengurusan tertinggi. Sesi bersama Pengasas ini akan dilaksanakan secara berkala di masa-masa akan datang kerana ia adalah satu medan terbaik bagi mengukuhkan keterlibatan kolektif antara semua karyawan YBK.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK FOUNDER’S TALK WITH YABHG. TAN SRI MUHAMMAD MUHD TAIB
SHAH ALAM, 13 January 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) had the opportunity today to engage with its Founder, YABhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib, in a special session titled “Bicara Pengasas” (Founder’s Talk).
Held at the Shah Alam Club, the session brought together a large number of YBK staff, subsidiaries, and YBK partners. YABhg. Tan Sri delivered his message, aspirations, and reflections during an almost two-hour sharing session.
Also present were YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, and the full line-up of YBK Trustees (ALPA), namely Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid, Mr. Zainal Mohd Jais, Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, and Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib.
Joining the session as well were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare and Global President of G100), Mr. Kamarudin Ahmad (Senior Advocate and Solicitor), Mr. Hashim Anang (Manager of Special Assignments, Karangkraf Media Group), Dato’ Ibrahim Taib (Senior Media Practitioner), and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
The session began with YABhg. Tan Sri viewing an informational exhibition on YBK, followed by the singing of Negaraku, a prayer recital, and welcoming remarks by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, who also served as Master of Ceremonies. This was followed by the screening of a programme montage video before the session was moderated by YBhg. Dato’ Zainal Abidin Sakom.
Among the key points emphasized by YABhg. Tan Sri was the need for YBK to act as a catalyst and driving force in bringing together poverty eradication experts from across the country. He stressed that poverty eradication today is no longer limited to providing physical assistance alone, but must also address non-material forms of poverty such as attitudes, culture, maturity, and other related dimensions. YBK was also urged to position itself as a leading organization in nation-building efforts.
All YBK personnel present attentively absorbed the aspirations and messages shared by the Founder and expressed their commitment to translating them into concrete action plans to be jointly structured by the Board of Trustees (ALPA) and top management.
Such sessions with the Founder will be held periodically in the future, as they serve as an effective platform to strengthen collective engagement among all YBK staff.
