- Hit: 36
KUALA LUMPUR/SHAH ALAM, 16 Januari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah berkongsi rezeki dengan menyampaikan sedekah buah rambutan dan pulasan kepada masjid sempena mengambil berkat hari Jumaat.
Sebanyak lebih 500 bungkus buah rambutan dan pulasan segar hasil dari kebun YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK telah diagihkan melalui dua kumpulan. Pada hari sebelumnya, karyawan YBK Global Camp dan Asrama Kasih Serendah telah menguruskan urusan logistik dan pembungkusan.
Kumpulan pertama melaksanakan agihan di Masjid Negara Malaysia Kuala Lumpur, dan kumpulan kedua melaksanakan agihan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam dan Management and Science University (MSU).
Semoga perkongsian rezeki YBK hari ini beroleh manfaat pahala kepada semua yang terlibat. Amin!
FRIDAY CHARITY: RAMBUTAN AND PULASAN DISTRIBUTION
KUALA LUMPUR / SHAH ALAM, 16 January 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) shared its blessings today by distributing rambutan and pulasan fruits to mosques in conjunction with the blessed day of Friday. A total of more than 500 packs of fresh rambutan and pulasan, harvested from the orchard of YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, were distributed through two teams.
On the previous day, staff from YBK Global Camp and Asrama Kasih Serendah managed the logistics and packaging arrangements. The first team carried out the distribution at Masjid Negara Malaysia, Kuala Lumpur, while the second team distributed the fruits at Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, and MSU – Management and Science University.
May this act of sharing bring benefits and rewards to all involved. Amin.
