- Hit: 2455
Serendah - Asrama Kasih YBK telah dikunjungi seramai 41 pelajar-pelajar jurusan kejururawatan UiTM Puncak Alam bersama seorang pensyarah mereka iaitu Pn. Norimah bt Said dari Fakulti Sains Kesihatan. Kumpulan pelajar UiTM ini memilih asrama kasih YBK untuk mengaplikasikan pembelajaran berkaitan masalah sosial di Malaysia di bawah subjek Community Nursing I program yang bertajuk 'One Step Towards Changes'.
Pengurusan Asrama Kasih YBK menyambut baik program yang diadakan ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak asrama melaui konsep penyampaian ilmu melalui aktiviti. Rombongan pelajar UiTM ini sampai di asrama kasih pada jam 7.50 pagi. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh mahasiswa Uitm iaitu Mohamad Faris Syazwan b. Mat Ripin selaku pengarah program dan diikuti aktiviti senaman aerobik di padang Aska. 9.30 pagi penyampaian ceramah oleh Pn. Norimah sendiri yang bertajuk Penyalahgunaan dadah dan kesan kepada kesihatan. Aktiviti diteruskan dengan latihan dalam kumpulan dari jam 11.00 pagi sehingga 4 petang. Pelbagai pengisian dan kaedah yang disampaikan melalui tontonan vedio, persembahan kumpulan serta latihan fizikal. Bagi menggalakan peserta menyertai setiap aktiviti mereka menyediakan hadiah bagi kumpulan yang terbaik.
Majlis penutup berlangsung pada jam 5 petang dengan penyampaian hadiah dan cenderahati. Sebagai kenang-kenangan sesi fotografi telah diatur bagi mengakhiri majlis tersebut.