KUALA LUMPUR, 2 Julai 2026 - Pagi ini telah berlangsung kelas pertama untuk Program Latihan Jahitan anjuran YBK, YBCare dan ASFM Sewtech dengan kerjasama PERJATI di P.A. Desa Rejang. Kelas ini telah disertai oleh hampir 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk PA Desa Rejang.

Dalam sesi ini, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), YBhg. Datin Dr. Hartini Osman telah meluangkan masa hadir bagi melihat perjalanan kelas menjahit yang sedang berlangsung di samping memberikan semangat kepada para peserta yang hadir. Peserta telah didedahkan dengan jahitan asas kraf bagi menghasilkan kraftangan.

Program ini akan dijalankan pada setiap minggu sehingga semua peserta mahir dengan modul-modul jahitan yang diajar dan seterusnya mampu menghasilkan produk jahitan sendiri. Semoga inisiatif ini terus memberi manfaat, membuka peluang untuk menimba kemahiran baharu, serta menjadi langkah ke arah memperkasakan ekonomi dan pembangunan diri peserta.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


SEWING TRAINING PROGRAM BEGINS AT DESA REJANG PUBLIC HOUSING

KUALA LUMPUR, 2 July 2026 – The first class of the Sewing Training Program, jointly organized by Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), and AfSM Sewtech Technology Academy, in collaboration with PERJATI, was held this morning at Desa Rejang Public Housing (P.A. Desa Rejang). The class was attended by nearly 20 participants, comprising residents of the Desa Rejang Public Housing community.

During the session, YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), took the opportunity to observe the sewing class in progress and encourage the participants. The trainees were introduced to basic craft sewing techniques as part of their initial learning, enabling them to create simple handmade craft products.

The training program will be conducted weekly until all participants have mastered the sewing modules and are able to produce their own sewing products independently. It is hoped that this initiative will continue to benefit the community by providing opportunities to acquire new skills while serving as a stepping stone toward greater economic empowerment and personal development.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;