YBK akan melaksanakan Malam Sejuta Harapan 1992 pada 30 April 1992. Untuk tujuan tersebut suatu sidang akhbar yang dipengerusikan oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa, bersama Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan Mohd Radhi Latif telah diadakan di pejabat YBK. 

Menurut Pengerusi program tersebut bertujuan melancarkan aktiviti amal untuk mengutip dana bagi membiayai aktiviti projek pembasmian kemiskinan melalui program Lumba Jalan Kaki Amal Sejuta Harapan dan Makan Malam Amal. YBK yang ditubuhkan bertujuan untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor membenteras kemiskinan dengan tumpuan utama di kawasan luar bandar di Negeri Selangor seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Hasil kutipan akan diguna untuk pembinaan Asrama Kasih Serendah, program bina semula rumah dan program ekonomi serta kebajikan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;