- Hit: 15
SHAH ALAM, 17 November 2026 - Satu Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Pengasas YBK, YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah diadakan di Kelab Shah Alam.
Objektif mesyuarat adalah untuk membentangkan laporan gerak kerja YBK, mendengar amanat YABhg. Tan Sri berkenaan hala tuju YBK untuk tahun seterusnya, serta perbincangan berkenaan strategi YBK mendepani cabaran dan realiti kemiskinan masa kini.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK, dan aluan kepada YABhg. Tan Sri selaku Pengasas YBK untuk mempengerusikan sesi mesyuarat. Pembentangan laporan gerak kerja dan kewangan semasa YBK telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.
Semua ALPA YBK iaitu En. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, En. Zainal Mohd Jais, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib telah hadir. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK.
YABhg. Tan Sri dalam amanatnya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi, ALPA dan Pengurusan YBK atas gerak kerja dan inisiatif yang telah dilaksanakan selama 36 tahun sehingga hari ini, dan beliau menegaskan sudah tiba masanya YBK menjadi model NGO ulung pembasmian kemiskinan dan membina kesejahteraan di Malaysia.
Beliau memuji perancangan Pengurusan YBK untuk melaksanakan satu simposium antarabangsa bagi menghimpunkan pakar rujuk dan pemegang taruh pembasmian kemiskinan pada tahun 2027. YABhg. Tan Sri juga mencadangkan mesyuarat seumpama ini diadakan secara berkala untuk percambahan idea dan sumbang saran bagi memantapkan gerak kerja YBK.
Gambar: Faceboook Yayasan Basmi Kemiskinan
SPECIAL MEETING OF YBK BOARD OF TRUSTEES WITH YBK FOUNDER
SHAH ALAM, 17 November 2026 – A Special Meeting of the Board of Trustees (ALPA) of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) with YBK Founder, YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, was held at Kelab Shah Alam. The objectives of the meeting were to present reports on YBK’s ongoing activities, receive Tan Sri’s guidance on the organisation’s direction for the coming year, and discuss YBK’s strategies in addressing the challenges and realities of poverty in today’s society.
The meeting commenced with opening remarks by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, who welcomed YABhg. Tan Sri in his capacity as YBK Founder and invited him to chair the meeting. A presentation on YBK’s current operational and financial reports was subsequently delivered by Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK. All YBK Board of Trustees members were present, namely Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad and Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib. Also in attendance was YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK.
In his address, YABhg. Tan Sri congratulated the Chairman, Board of Trustees and YBK Management for their dedication and initiatives over the past 36 years. He emphasised that the time had come for YBK to establish itself as Malaysia’s leading NGO for poverty eradication and the advancement of community well-being. He also commended YBK Management’s plans to organise an international symposium in 2027, bringing together experts and key stakeholders in poverty eradication. YABhg. Tan Sri further proposed that similar meetings be held regularly to encourage the exchange of ideas and constructive discussions, thereby strengthening YBK’s overall efforts and initiatives.
