Shah Alam - seramai 311 orang graduan Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI (ITK YBK-EDI) telah menerima Diploma dan Sijil masing-masing di Majlis Konvokesyennya yang kedua di Dewan Jubli Perak Shah Alam. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dato' Abdul Aziz Shamsudin telah menyampaikan diploma dan sijil kepada para graduan.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Abdul Aziz memuji usaha YBK dalam melaksanakan berbagai program pendidikannya seperti Asrama Kasih, KUNTUM, Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sendiri iaitu Institut Teknolgi Komuniti YBK-EDI dan Institut Teknologi Mutiara - YBK.

Beliau juga turut merasa bangga di atas penubuhan Pusat Latihan Kejuruteraan YBK-UMW yang telah banyak melahirkan belia dalam bidang kejuruteraan yang mana terlalu sedikit bilangan belia Melayu yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan tersebut.Ismi Amaliah Ridwan  telah dipilih sebagai pelajar terbaik di peringkat Diploma sementara Nor Azrila Abdullah pelajar terbaik peringkat sijil. ITK YBK-EDI, instutusi swasta yang kendalikan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan dengan usahasama Entrepreneurs Development Institute (EDI). Institut ini telah beroperasi sejak tahun 1998. ITK YBK-EDI mempunyai dua cawangan iaitu di pekan Banting dan Kajang. Kursus yang ditawarkan oleh ITK YBK-EDI ialah Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan di peringkat Sijil dan Diploma. ITK YBK-EDI juga menawarkan kursus separuh masa dalam kursus yang sama sebagai peluang kepada golongan yang bekerja dan ingin mempertingkatkan taraf pendidikan mereka.

Seramai 9 orang penerima Diploma ITK YBK-EDI dalam jurusan Sains Komputer & Teknologi Maklumat telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di FTMS De Montfort Univerisity cawangan Kuala Lumpur. Dalam suasana kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang ini, adalah satu keputusan yang bijak jika para graduan ITK YBK-EDI melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Majlis Konvokesyen Kedua ITK YBK-EDI sebagai salah satu tanda usaha membasmi kemiskinan yang dijalankan oleh YBK sentiasa bergerak dengan cergas terutamanya dala bidang pendidikan.  Kepada graduan yang sudah mendapat pekerjaan, YBK berharap para graduan membantu meningkatkan tahap ekonomi keluarga masing-masing

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;