Serdang, seramai 65 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa penduduk (JKP) Desa Kasih telah mengikuti seminar Jawatankuasa Penduduk Desa Kasih yang dianjurkan oleh YBK dengan kerjasama Pusat Agihan Zakat, MAIS Seminar tersebut merupakan aktiviti pertama yang melibatkan penyertaan semua ahli JKP Desa Kasih dibawah Program Desa Kasih Cemerlang. Seminar tersebut yang bermula hari ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Zainal yang juga ADUN Batang Kali berkata, kemiskinan bukanlah suatu ketentuan tetapi ianya merupakan satu pilihan. Hanya golongan yang ingin terus kehidupannya dikongkong kemiskinan sahaja berpendapat bahawa kemiskinannya telah ditentukan atau merupakan takdir yang tidak boleh diubah. Dengan sebab itu, golongan ini akan terus hidup tanpa sebarang usaha atau memperbaiki diri, ekonomi keluarga atau kecemerlangan pelajaran anak-anak bagi membolehkannya mengeluarkan diri dari kepompong kemiskinan.

Tumpuan YBK melaksanakan program-program yang berbentuk pendidikan adalah untuk membantu kumpulan sasar agar tidak menyerahkan diri kepada takdir semata-mata. Program-program tersebut termasuk program pemulihan sikap, kecemerlangan pendidikan anak-anak, membangunkan ekonomi melalui aktiviti-aktiviti yang benar-benar mampu dilaksanakan oleh peserta berdasarkan minat serta mampu meraih pemasaran. Diharapkan dengan tumpuan program ini, usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Selangor dapat dicapai. Dato’ Zainal juga menyeru ahli-ahli JKP yang mengikuti seminar ini dapat membantu usaha-usaha YBK menjadikan semua Desa Kasih yang dibangunkan oleh 3 pihak ini (YBK, PAZ dan Pejabat Daerah) sebagai Desa Kasih yang Cemerlang dlaam pelbagai aspek kehidupan dan masyarakat dapat dicapai. Ahli JKP akan menjadi agen pelaksana dalam semua kativiti yang akan dilaksanakan dibawah Program Desa Kasih Cemerlang di semua Desa kasih.Dalam seminar tersebut, peserta-peserta akan diberikan bimbingan berkaitan dengan perlaksanaan program Desa Kasih Cemerlang (DKC) seperti pengurusan mesyuarat, kaedah melaksanakan Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Pengurusan kewangan dan sebagainya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;