Sabak Bernam - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Dato' Abdul Rahman Hussain bersama sekumpulan ahli-ahli Puspanita kementeriannya dan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengadakan lawatan sehari suntuk ke 3 Desa Kasih YBK di daerah ini. Lawatan tersebut yang diringi oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sosioekonomi YBK  YBK, Mohd Khairi Yunos dan Eksekutif Pendidikan dan Latihan YBK, Faezah Roslan telah melawat Desa Kasih Kampung Sekendi, Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai dan Desa Kasih Merbau Berdarah.   

Ketibaan rombongan berkenaan ke setiap Desa Kasih telah disambut oleh penduduk dengan penuh kemesraan. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, peserta-peserta berkerjasama mengadakan sambutan dengan keluar beramai-ramai serta menyediakan jamuan ringan dan makan tengahari sewajarnya. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) setiap Desa Kasih dalam kata-kata aluannya ketika berucap mengalu-alukan rombongan berkenaan menyatakan rasa terima kasih dan terharunya kerana mereka terus diberi perhatian oleh masyarakat. Menurut mereka, sebagai kelompok masyarakat yang dianggap sebagai golongan kurang berkemampuan, mereka juga berusaha sebagaimana orang lain yang hidup di muka bumi ini untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.  Bekerja keras menggunakan kudrat tulang empat kerat meneruskan perjuangan hidup. Walau bagaimanapun, pendapatan yang diperolehi dari kerja-kerja kampung ditambah pula dengan bilangan keluarga yang agak besar    tidak membolehkan mereka menyara keluarga sepertimana orang lain.

"Anak-anak adalah merupakan harta terpenting dalam kehidupan setiap keluarga, tidak seharusnya setiap keluarga yang tinggal di Desa Kasih menjadikan kemiskinan atau ketidak keupayaan sebagai alasan atau sebab sehingga anak-anak tidak cemerlang dalam pelajaran atau pendidikan mereka". Menurut Dato' Abdul Rahman Hussein ketika menyampaikan ucapan ringkas di setiap Desa Kasih yang dilawatinya.    Tambah beliau lagi "Dorongan, galakkan dan bimbingan dari ibu bapa kepada anak-anak akan menjadi tangkal kepada anak-anak untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya, sekiranya ibu bapa mengambil sikap sambil lewa terhadap pendidikan anak-anak, kemiskinan atau kegagalan hidup akan terus berputar dalam keluarga berkenaan, justeru itu hanya dengan kecemerlangan pendidikan sahaja akan membantu setiap keluarga tidak lagi dianggap sebagai keluarga termiskin".

Rombongan tersebut juga turut menyerahkan sumbangan makanan dan pakaian kepada setiap peserta di 2 Desa Kasih yang dilawatinya. Rombongan berkenaan yang mengakhiri sesi lawatan tersebut di Desa Kasih Merbau Berdarah telah beramah mesra bersama  keluarga dan anak-anak angkat ahli puspanita yang telah menunggu sejak tengahari lagi. Dato' Abdul Rahman sendiri mempunyai 3 anak angkat di Desa Kasih Merbau Berdarah. Kebanyakan anak angkat berkenaan pernah tinggal bersama keluarga angkat masing-masing di Kuala Lumpur ketika cuti sekolah yang lepas.    

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;