Kelana Jaya - seramai 20 orang peserta kursus yang kebanyakannya dari luar negeri melawat YBK hari ini. Mereka berada di negara ini bagi mengikuti kusus `National Economic Management And Poverty Eradication' bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara mulai 2 - 28 Julai 2001. Peserta kursus daripada beberapa negara seperti Bhutan, Senegal, Indonesia, Tonga, Sudan, Tajikistan, Mesir dan lain-lain. Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Puan Norani Ibrahim telah disambut pegawai-pegawai YBK.


Mereka telah diberi taklimat mengenai peranan YBK melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan khususnya di Negeri Selangor telah secara tidak langsung membantu mengurangkan bilangan keluarga termiskin (PPRT) di negeri ini. Menurutnya bilangan PPRT pada tahun 1990 dianggarkan melebihi 3,000 keluarga, tetapi pada tahun 2000 telah menurun kepada 700 keluarga. Penurunan bilangan PPRT tersebut disebabkan adanya berbagai program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui agensinya dan juga YBK yang dilaksanakan khusus untuk membantu golongan tersebut.

Tambah beliau lagi, sejak YBK beroperasi pada tahun 1991 hingga tahun 2000, bilangan bantuan rumah kepada keluarga termiskin yang dilaksanakan oleh YBK bersama dengan agensi kerajaan seperti Pusat Agihan Zakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Pejabat Daerah telah mencapai hampir 1000 buah.  Sebahagian besar bantuan rumah ialah melalui projek Desa Kasih (penempatan secara berkelompok) keluarga termiskin. Program bantuan rumah YBK merupakan salah satu daripada program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh YBK. Program-program lain ialah pendidikan dan latihan dan program ekonomi.

Dalam sesi soaljawab yang diadakan, beberapa peserta kursus menyatakan kekagumannya dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh YBK dan mereka mengharapkan program ini dapat diteruskan dalam usaha membantu keluarga termiskin memperbaiki taraf kehidupan mereka agar tidak terus terpinggir dari kemajuan negara sekarang

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;