Pulau Langkawi - YBK telah mengadakan Taklimat Projek Desa Kasih Cemerlang 2001. Taklimat  telah diadakan oleh pengurusan YBK di Seaview Hotel Pulau Langkawi. Program ini bertujuan memberi penjelasan kepada jawatankuasa pelaksana berkaitan perlaksanaan program DKC, memberi penerangan tentang modul dan cara pelaksanaan pemulihan sikap, program pendidikan dan program ekonomi dan Sistem Maklumat Kemiskinan.


Seramai 29 orang pegawai YBK, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat daerah Sabak Bernam dan jabatan Perangkaan terlibat dalam program ini. Pengisian program merupakan ceramah-ceramah Konsep dan Teknik-Teknik Sosial, Modul Latihan Pemulihan Sikap, Konsep Pusat Kecemerlangan Pendidikan Desa kasih, Modul Latihan Pembentukan Sikap - Pelajar & Remaja, Panduan Menemuramah Untuk Kajian Untuk Sistem Maklumat Kemiskinan YBK dan Pengenalan Sistem Maklumat Kemiskinan YBK

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;