Bukit Beruntung - YBK buat julung kalinya mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup Tahun 2001 bagi merebut Piala Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan YB. Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom.  12 pasukan yang terdiri daripada kakitangan anak-anak syarikat YBK seperti pasukan Permodalan YBK, Pusat Latihan YBK, Institut Teknologi  Komuniti, Institut Teknologi Mutiara-YBK, Asrama Kasih, YBK Services dan Etika Wawasan telah menyertai kejohanan ini. Turut serta dalam kejohanan tersebut ialah pasukan dari Pejabat ADUN Batang Kali.

Pengerusi Jawatankuasa  Kejohanan, Amiruddin Jamaluddin memberitahu, tujuan utama diadakan kejohanan tersebut ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan YBK dan anak-anak syarikat. Beliau berharap dengan adanya pertandingan ini semua kakitangan YBK dan anak-anak syarikat akan dapat berkumpul, bergaul mesra saling kenal mengenali diantara satu sama lain menambahkan kemesraan.   Disamping itu kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bowling dari kalangan kakitangan.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan ADUN Batang Kali telah keluar sebagai johan dan berjaya membawa balik piala pusingan Pengerusi YBK, naib johan dimenangi oleh pasukan Permodalan YBK dan temapt ketiga oleh pasukan Pusat Latihan YBK. Kejohanan yang bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam telah ditutup dengan rasminya oleh Pengerusi YBK, YB. Dato' Haji Zainal Haji Sakom. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar setiap kakitangan dapat mengamalkan kaedah permainan bowling seperti memberi tumpuan untuk menjatuhkan pin, kaedah mengawal pergerakan agar bola dapat menuju kepada sasaran dan sebagainya untuk memperbaiki bidang tugas masing-masing kepada yang lebih baik dari masa ke semasa. Beliau juga berharap kejohanan ini akan dijadikan acara tahunan YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;