Sabak Bernam, 28/5/2001  - Puspanita MARA telah  menganjurkan program Anak Angkat anak-anak peserta Desa Kasih Merbau Berdarah pada 28 hingga 31 Mei 2001. Program ini adalah program ketiga yang dilaksanakan oleh Puspanita MARA. Dijangka seramai 21 orang pelajar Tahun 6 yang tinggal di Desa Kasih Merbau Berdarah akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk diambil sebagai anak angkat oleh ahli-ahli Puspanita MARA.


Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dunia luar kepada para pelajar. Ianya juga sebagai pemberi semangat dan motivasi supaya para pelajar akan mempertingkatkan usaha untuk belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Para pelajar akan dibawa melawat ke beberapa tempat peranginan, sejarah dan institusi pengajian tinggi. Antara tempat yang akan dilawati ialah Kuala Lumpur City Center, Muzium Negara, British Malaysian Institute, Stadium Bukit Jalil, Planetarium Negara dan menaiki LRT.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;